Juadah Berbuka Untuk Mereka, Ganjaran Puasa Untuk Anda 

"Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR At-Tirmidzi)

Ramadan ini, satu hidangan yang anda taja boleh menjadi sebab seorang anak yatim berbuka dengan senyuman, tidak lagi menahan lapar.


Ini yang seringkali terjadi..

 Berbuka Puasa Hanya Dengan Seteguk Air Kosong 

Tidak semua orang menyambut Ramadan  dengan meja yang sedia terhidang juadah berbuka. Di Pattani, Selatan Thailand  ada anak yatim pernah berbuka puasa  hanya dengan air kosong selama beberapa hari  kerana ketiadaan makanan di rumah.

Realiti ini turut berlaku  dalam kalangan anak yatim dan asnaf  di Malaysia, Indonesia, Gaza dan beberapa lagi negara lain. Mereka berpuasa dalam kekurangan,  tanpa kepastian apa yang akan dimakan saat masuknya Maghrib.

Majlis berbuka puasa bersama Mawi

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insan ayat 8:

“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya  kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan.”

Memberi makan antara amalan yang dekat di sisi Allah, lebih-lebih lagi untuk mereka yang berpuasa.

 Ramadan Ini, Giliran Kita Untuk Membantu 

Kebarangkalian untuk kesihatan anak-anak yatim dan asnaf terjejas dek kerana hanya berbuka puasa dengan makanan yang ada tetapi tidak mencukupi serta tiada tenaga untuk beribadah akan berulang. 

Ramadan disambut dalam keadaan serba kekurangan  dan hari-hari berlalu tanpa perubahan pada rutin berbuka mereka.  Realiti ini mungkin akan terus berlaku jika kita tidak mengambil peluang untuk membantu sekadar yang termampu. 

Projek mega kolaborasi antara ngo-ngo untuk Iftar Seribu Anak Yatim Nusantara

Sempena Ramadan ini, kerjasama antara Pertubuhan Ihsanku Malaysia bersama PERSENI ingin mengajak tuan puan yang pemurah untuk sama-sama kita bantu dan berkongsi rezeki saudara-saudara kita yang memerlukan di luar sana melalui program Ihsan Ramadan; Taja Iftar Anak Yatim dan Asnaf Nusantara. 

Satu tajaan iftar  bukan hanya mengenyangkan mereka,  tetapi membuka peluang  ganjaran puasa yang berpanjangan untuk anda.



REALITY ANAK YATIM DI BULAN RAMADAN - FEDTRI YAHYA


 Bantu Ringankan Beban Mereka Ramadan & Sepanjang Tahun 


"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut." (HR At-Tirmidzi)



Melalui  Kempen Tajaan Iftar Anak Yatim & Asnaf , kami menyalurkan j uadah berbuka yang berkhasiat, p ek makanan iftar dan a gihan terus kepada anak yatim & asnaf  di  Malaysia, Selatan Thailand, Indonesia, Gaza, Kemboja dan Filipina  sepanjang bulan Ramadan. 

Setiap sumbangan anda  diterjemahkan menjadi  makanan sebenar ketika waktu berbuka


Ayuh sama-sama kita realisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan berkat usaha ini dapat menjadi bekalan saham kita di akhirat kelak.. Amin ya Rabb



“Kamu tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna  sehingga kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu cintai.” (Surah Ali ‘Imran: 92)





Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.



PENGESAHAN: 

Sumbangan anda akan dimasukan ke dalam tabung Komuniti Ihsan yang akan disalurkan

kepada projek-projek kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemanusiaan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Ihsan Anak (RM3000)
Ihsan Anak (RM300)
Ihsan Anak (RM100)
Ihsan Anak (RM50)
Ihsan Anak (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

Pertubuhan IhsanKu Malaysia
salam@ihsanku.org
+601113190312